Monday, March 25, 2019

Siapa ada anak kecil & yg sdg hamil WAJIB baca..

Gambar hiasan

(Patut la mak selalu pesan..  Masa maghrib pegang baby..  Jgn biar baby berseorangan..  Lagi2 masa pantang)

🌼🌼Bukan tetamu , tapi inilah wanita yang suka datang ke rumah kita pada waktu Maghrib .

Memang siapa yang hendak bertamu ke rumah orang pada waktu maghrib ? Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala , pada waktu itulah , seluruh umat  Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah kita .

Siapakah wanita itu , apa yang dia lakukan di dalam rumah kita ? Ketahui bahawa dia bukanlah wanita baik , namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil .

Mungkin ada yang pernah dengar nama (Ummu Sibyan) atau pun tidak sebelum ini , (Ummu Sibyan) ini adalah jin dari kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita hamil , sebab itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini .

Apa Kerja Jin Ummu Sibyan ?

Kerja dia tak lain tak bukan adalah mengganggu bayi yang baru lahir dan anak-anak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang hamil ,
jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata 1 yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak , Ummu Sibyan juga dapat mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan .

Seperti yang di ceritakan dalam kisah jin Ummu Sibyan dengan Nabi Sulaiman , jin ini mampu masuk ke dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum wanita itu tidak mengandung .

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil , di waktu janin di dalam kandungannya sedang tumbuh jin ini akan menendangnya , maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua .

Sungguh mengerikan bukan ? Bagaimana tandanya jika seorang bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan , diantaranya adalah ;

1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang keatas/sudut tertentu)
2.  Anak-anak jatuh seakan-akan didorong
3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali
4. Demam panas hanya setelah Asar  sampai sebelum Subuh .

Akibat gangguan di atas akan mengakibatkan hal seperti ini ;

1. Sawan tangis
2. Autisme (over hiperaktif)
3. Nakal dan keras kepala
4. Malas

Tanda-tanda Wanita Hamil Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan ;

1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar , yang mungkin berlangsung sampai tengah malam
2) Kusut fikiran
3) Sakit di bahagian tulang-tulang belakang
4) Mengigau ketika tidur
5) Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan

Cara Mengelak dari Gangguan Ummu Sibyan ;

1) Tutup pintu dan jendela rumah waktu Maghrib
2) Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah dijemur diluar rumah pada waktu Maghrib (jemuran tak kering)

Cara mengatasi gangguan pada bayi/anak ;

1) Meniarapkan bayi/anak jangan matanya melihat ke arah itu , baca ayat Qursi dan Surah 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis 2) Halau dengan bahasa sendiri seperti  "wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku"

InsyaAllah dengan izin Allah ,
Ummu Sibyan akan pergi ...

Wallahualam..

Kredit  OH La La

Friday, March 22, 2019

Berhati-hati tanda awal strok haba


Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal "heat stroke" atau "strok haba" berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Strok haba terjadi apabila paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," Suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu sawan, koma dan boleh membawa kematian.


YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

#kkmterbaik
#kamisediamembantu

Thursday, March 21, 2019

Promosi satu sesi rawatan RM 50 dilanjutkan


Assalamualaikum Salam Sejahtera Encik/Cik/Puan

Atas Permintaan ramai PUSAT RAWATAN ALTERNATIF UMMI MEDI HERBS MATANG JAYA, akan melanjutkan PROMOSI (Rm 50 untuk 1 sesi rawatan)  sehingga (31.3.2019)
untuk sebarang pertanyaan dan temujanji, boleh hubungi  atau wassap ke http://www.wasap.my/60128765627

http://www.wasap.my/60198348374

●Rm80/sesi non member
●Rm60/sesi member
●Rm20 member card (boleh pakai 1 family dan xplu renew)

○Jika ktk dah jadi member boleh nikmati sesi kiropraktik dengan harga promosi serendah rm50 sahaja.

○Sila Like n Share page kami
https://www.facebook.com/kiropraktikummimediherbs/







Tuesday, March 19, 2019

BAHAYA JIKA DIBUAT OLEH ORANG YANG BUKAN PAKAR DAN BERTAULIAH


Seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya. 

Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk. 

Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “ meletup” atau “crakk” .

Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulan.
.

Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.

Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat

.

Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain. 

Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.

Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dam strok

Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.
.

Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat TIDAK DIGALAKKAN. 

Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal.

Anda alami mengalami masalah ini?


Anda alami mengalami masalah ini?

✅ Sukar untuk kencing
✅ Berasa sakit ketika kencing
✅ Kencing tidak lawas
✅ Kencing berwarna pekat/ keruh
✅ Kerap kencing

Anda mungkin alami masalah jangkitan kencing atau kencing kotor.

Wanita lebih kerap mengalami masalah ini kerana saluran kencing wanita lebih PENDEK berbanding lelaki, oleh itu kuman lebih mudah masuk dan menjangkiti sakuran kencing.
.
Doktor akan meminta anda untuk memberi sampel air kencing di dalam bekas yang sterile.

Ujian kencing akan di lakukan untuk mengesan kehadiran kuman di dalam air kencing.

Jangan ambil mudah masalah kencing kotor, jika tidak di rawat, jangkitan boleh merebak ke pundi kencing dan ke buah pinggang. Jangkitan kronik juga boleh mengakibatkan masalah kesuburan dan komplikasi ketika hamil.
.

Masalah ini boleh di cegah dengan mudah dengan minum air lebih kerap dan elakkan menahan kencing.

Monday, March 18, 2019

Pembetulan Tulang Belakang (PTB)


Tanda-tanda masalah tulang belakang (sleepdisk)

1. Sakit kepala.

2. Stress yang berpanjangan.

3. Tekanan jiwa.

4. Tubuh rasa tidak selesa.

5. Kehilangan control usus dan kencing.

6. Kesukaran pergerakan rusuk dan pernafasan.

7. Sakit di bahagian rusuk kiri dan kanan.

8. Sakit pinggang.

9. Kebas di hujung jari kaki/tangan.

10. Lenguh dan ngilu jari.

11. Betis keras dan sakit apabila ditekan.

12. Denyutan jatung laju.

● Pesakit mengandung, bekas tulang patah atau dimasukan besi pada tulang adalah
"TIDAK DIBENARKAN UNTHK MELAKUKAN PTB"